daripada duk beli meh jom ikut cik afieqah buat sendiri ~~ =)
RESIPI NAK BUAT CUPCAKE !
4 keping segiempat coklat masakan separa manis
6 sudu besar mentega atau margerin
3/4 cawan gula
1 sudu teh vanila esen
2 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum (dibahagi kepada dua bahagian)
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan air
SUHU OVEN ~ 350° MASA MEMASAK ~ 19 - 21 Min.
JENIS PAN ~ 12 tin muffin pan
CARA:
1) Panaskan oven
2) Masukkan coklat masakan dan mentega ke dalam satu mangkuk dan
panaskan dalam Microwave oven selama 2 minit (suhu HIGH) atau sehingga
mentega cair.
3) Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
4) Masukkan gula dan vanila. Kacau rata.
5) Masukkan telur, satu per satu. Pukul dengan mixer electrik pada kelajuan
perlahan setiap kali sehingga sebati dengan baik.
6) Masukkan 1/4 cawan tepung dan baking soda. Kacau rata.
7) Masukkan tepung selebihnya berselang seli dengan air. Pukul dengan rata
setiap kali.
8) Masukkan ke dalam cawan cupcake di dalam pan.
Masak sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah kek keluar dengan
bersih.
Sejukkan selama 10 minit di dalam pan. Keluarkan dan sejukkan pula atas rak
dawai.
CARA BUAT ICING PULAK
Peralatan yang diperlukan :
plastik segitiga
kon-II segitiga
Bahan-II yg diperlukan :
1. 250 gm butter
2. 250 gm icing sugar (diayak dulu)
3. 150 gm shortening
4. 2 sudu besar susu segar
5. pewarna ikut suka korang la yew
CARA-II :
1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu.
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...
4. Kemudian masukkan jela icing tadi dalam kertas plastik segi tiga tu [sebelum tu ejaskan dengan bentuk icing yg macam mana korang nak dengan tukar-II kan kon besi kat atas tu]
5. Last sekali korang dah boleh bentukkan sendiri korang punya cupcake
p/s : pandai-II la korang hias cupcake tu ngan accessories yg pelbagai..SELAMAT MENCUBA =))
No comments:
Post a Comment